- Books

Dunia Ini Sederhana Kecil

Dunia Ini Sederhana Kecil Kata perempuan berlesung pipit Cinta itu umpama menunggu bas Kita perlu memilih bas yang tepat pada masa yang sesuai Sekiranya tidak kita tidak akan selesa meneruskan perjalanan kita Sebab itu saya

  • Title: Dunia Ini Sederhana Kecil
  • Author: Bahruddin Bekri
  • ISBN: null
  • Page: 344
  • Format: None
  • Kata perempuan berlesung pipit, Cinta itu umpama menunggu bas Kita perlu memilih bas yang tepat pada masa yang sesuai Sekiranya tidak, kita tidak akan selesa meneruskan perjalanan kita Sebab itu saya masih menggunakan kereta Kata Riduan pula, Aku cakap dengan kopi di dalam gelas aku Orang bukan tidak sayang, cuma orang tidak nampak dan lupa Kata Ibu, Hidup manusiaKata perempuan berlesung pipit, Cinta itu umpama menunggu bas Kita perlu memilih bas yang tepat pada masa yang sesuai Sekiranya tidak, kita tidak akan selesa meneruskan perjalanan kita Sebab itu saya masih menggunakan kereta Kata Riduan pula, Aku cakap dengan kopi di dalam gelas aku Orang bukan tidak sayang, cuma orang tidak nampak dan lupa Kata Ibu, Hidup manusia ini seperti roda Kadangkala di atas kadangkala di bawah Tidak penting kamu berada di atas ataupun di bawah, yang penting kamu sebenarnya bergolek di mana Sama ada jalanan itu berlumpur, berduri ataupun kamu bergolek di padang padang rumput yang indah Lelaki gempal kata, Hidup manusia juga seperti tingkap Apabila tingkap itu ditutup, maka manusia tidak dapat hidup kerana tiada ruang dan peluang Kata lelaki muka berminyak pula, Pelangi, warnanya bukan hanya hitam dan putih Begitu juga dengan hidup

    • [PDF] ¶ Unlimited ↠ Dunia Ini Sederhana Kecil : by Bahruddin Bekri ì
      344 Bahruddin Bekri
    • thumbnail Title: [PDF] ¶ Unlimited ↠ Dunia Ini Sederhana Kecil : by Bahruddin Bekri ì
      Posted by:Bahruddin Bekri
      Published :2018-08-10T07:47:51+00:00

    1 thought on “Dunia Ini Sederhana Kecil

    1. Iklan Bookplus yang kerap muncul dalam teks sangat mengganggu (tapi bukan salah penulis).Selain itu, ada banyak elemen lain yang turut sama mengganggu:1) banyak kesalahan ejaan2) too much gay and toilet humor3) penggunaan istilah 'ironi' tidak tepat (m/s 208)4) rasa-rasanya, kaum nabi Luth yang homoseks, bukan nabi Nuh (m/s 297)5) Watak gitaris gempal serupa macam Tamara dalam 'Lelaki berkasut merah' dan seorang watak tambahan dalam 'Naluri Ayah' dari segi personaliti dan misteri (seakan dikitar [...]

    2. It was awesome! I tell you. Tak sangka semuanya berkaitan antara satu sama lain. Yah, dunia ini sederhana kecil. Begitulah kata saudara Bahruddin Bekri. Aku mengembara dengan baik sekali. Syamir aka lelaki bermuka minyak aka Walafiat aka Bedak Sejuk banyak buat aku ketawa berdekah-dekah hari ini. Serius kelakar! Banyaklah pengajaran yang boleh dipelajari disini. Kelainan itu ada. :) Teruskan berkarya encik bahruddin, saya terus menanti!

    3. Apa yang dapat aku katakan adalah, aku suka novel ini. Satu kelainan yang benar-benar membuatkan aku terpesona dengan karya Bahruddin Bekri ini. Sebuah tema yang bagi aku adalah biasa-biasa saja. Kisah lelaki dan perhentian bas, lelaki dan kicap. Tetapi ditangan Bahruddin ‘Lelaki, Perhentian Bas & Kicap’ menjadi sangat istimewa, sangat luarbiasa. Dengan gaya bahasa yang santai dan lenggok bahasa yang mudah difahami, disampaikan dalam keadaan yang kadang-kala ‘lawak antarabangsa’ – [...]

    4. Pengorbanan yang paling besar ialah, pengorbanan yang sepi. Tidak dicanang pengorbanan itu.Dunia ini tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.Maka bersahabatlah, sehingga sahabat itu terlupa akan kekurangan dirinya.dan berdoalah dengan rendah hati dan merasa hamba.

    5. Cerita biasa yang diolah oleh penulis menjadi luar biasa dan dipenuhi falsafah hidup yang menarik. Sangat santai bahkan terlintas di hati aku,suatu hari nanti, aku mahu jadi Bahruddin Bekri. Dan aku cuma baca buku beliau yang satu ini sahaja, bimbang buku lain bakal mencacatkan cita cita. Haha

    6. jumpa dkt dewan mawar ada sebuah jebuku yg ke-11 untuk tahun 2013.dua hari selepas beli 3 buah buku; lelaki berkasut merah bahruddin bekri, opera gontor dan stingarden.wajib beli walau dah "over" beli buku. tesl part 1

    7. Cerita ni mgkin perlahan di permulaan crita but get interesting bila akhir2 tu. suka cara Bahruddin Bekri created ways supaya main character akhirnya dpt duit bertimbun-timbun. N love how sbnrnya hmpir semua watak ada kaitan dgn main character. Mula2 tak dpt sngt agak apa kaitan antara org ni dgn org tu tpi bila dh mkin byk baca tu akhirnya dpt pun relate. so sbb tu la crita ni get interesting n more interesting through every page. Tak menyesal baca buku ni

    8. Penulis berjaya mengaitkan semua watak dan membuatkan aku berfikir, yelah dunia ini tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Semua kita akan berkait antara satu sama lain secara kita sedar atau tak. Seperti biasa tulisan Bahruddin Bekri penuh dengan nasihat dan persoalan sama yang akan aku persoalkan jika situasi tersebut berlaku terhadap aku. Dan paling penting dalam serius ada lawak terselit yang buat aku tergelak.

    9. I bought this book when i was still at school kot? Sebab tajuk n kulit buku yang sangat menarik (masa tu tak tahu istilah minimalis lagi so jadi menarik sahaja). Still, i like the content though. Paling ingat, lelaki muka berminyak.

    10. Best sangat! Walaupun kebetulan yang berlaku di dalam buku ini seakan-akan dongeng, tetapi ia tak mustahil berlaku. Lebih kurang macam tengok cerita Keluarga 69 kot pi mai pi mai, orang yang sama sahaja rupanya. Lucu, santai. Suka!!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *