- Books

Seteguh Karang

Seteguh Karang Novel Seteguh Karang mengisahkan peristiwa tragik sebuah keluarga yang selama ini hidup bahagia dan sentosa Kematian dalam keluarga telah menghancurkan impian tiga orang gadis yang telah ditinggalkan

  • Title: Seteguh Karang
  • Author: Tuan Faridah Syed Abdullah
  • ISBN: 9836220852
  • Page: 341
  • Format: Paperback
  • Novel Seteguh Karang mengisahkan peristiwa tragik sebuah keluarga yang selama ini hidup bahagia dan sentosa Kematian dalam keluarga telah menghancurkan impian tiga orang gadis yang telah ditinggalkan oleh ibu bapa mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya Anis, Maysarah dan Anita terpaksa berhadapan dengan seribu satu masalah yang tidak terduga Kuatkah hati merekNovel Seteguh Karang mengisahkan peristiwa tragik sebuah keluarga yang selama ini hidup bahagia dan sentosa Kematian dalam keluarga telah menghancurkan impian tiga orang gadis yang telah ditinggalkan oleh ibu bapa mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya Anis, Maysarah dan Anita terpaksa berhadapan dengan seribu satu masalah yang tidak terduga Kuatkah hati mereka dalam menempuhi badai kehidupan Peristiwa ini telah diungkapkan oleh penulisnya dengan olahan yang menarik dan menyakinkan.

    • [PDF] è Free Read ✓ Seteguh Karang : by Tuan Faridah Syed Abdullah ✓
      341 Tuan Faridah Syed Abdullah
    • thumbnail Title: [PDF] è Free Read ✓ Seteguh Karang : by Tuan Faridah Syed Abdullah ✓
      Posted by:Tuan Faridah Syed Abdullah
      Published :2018-09-26T16:28:15+00:00

    1 thought on “Seteguh Karang

    1. Novel ini aku kena membacanya kerana ianya termasuk dalam silibus Bahasa Melayu Komsas tingkatan 5 pada tahun 2007. Aku tak pasti sama ada buku ini masih digunakan sebagai novel utama tingakatan 5 di sekolah di negeri Sabah detik ini.Cuma, kavernya agak berbeza daripada kaver di dalam ini.Kisah naskah ini, boleh tahan. Masih terbayang-bayang cerita ini di dalam benak minda walaupun sudah terlalu lama ditinggalkan.Kami yang berada di kelas hadapan, dikehendaki membaca novel ini, MESTI baca lebih [...]

    2. Antara novel pertama dibaca. Masa tu still di sekolah rendah. Budak kecil so main baca ajelah. Bila dah masuk sekolah menengah, baru tahu novel ini ada dalam KOMSAS tapi bukan untuk zon selatan. Cerita yang menarik. Selalunya antara yang pertama akan selalu kekal di dalam ingatan. Buktinya, sampai sekarang kalau nampak pokok kelapa sawit, akan teringat Budi atau imagine orang potong buah kelapa sawit.

    3. Ahh.l wajib baca bagi pelajar bagi sekolah2 menengah di kawasan timur. Uniknya Kali pertama membaca bukanlah atas desakan guru, tetapi lebih kepada tertarik dengan cadangan ibu untuk membacanya.Saya tertarik dengan watak utama novel ini, Awanis. Lincah, bersemangat, tabah dan positif.Namun, di sebalik tabir wajahnya terselit kisah luka, perasaan rendah diri terhadap kekurangan yang ada. Cukuplah kalau saya katakan , bahawa novel ini begitu dekat dengan peribadi saya.Penulisan santai. Ada juga be [...]

    4. Ini novel wajib untuk komponen sastera (KOMSAS) saya semasa SPM. apapun, novel ini seronok dibaca terutamanya bagi remaja, kerana ia memaparkan kehidupan seorang gadis mengharungi liku-liku hidup, isu keluarga, pekerjaan dan lain-lain. Ketabahan watak utamanya menghadapi pelbagai cabaran diumpamakan seperti sebuah batu karang yang teguh bertahan.

    5. Bacaan semasa zaman sekolah menengah / awal remaja dahulu juga. Nostalgia membesar dengan buku-buku Melayu, tapi alhamdulillah bahasa Inggeris yang disahut sambut sebagai bahasa globalisasi tetap dapat dikuasai walaupun masih ada ruang untuk diperbaiki.

    6. Aku suka novel ni, permulaannya aku ingatkan novel standard drama melayu, drama2 sedih bagai tapi ternyata tidak, ceritanya mmg dkt dengan hati siapa2 yg pernah menjadi student universiti & yg pernah praktikal! Tambah tambah lagi yg pernah ada keluarga angkat, mmg tersenyum abis bila baca novel ni! Satu je yg x puas hati, dikatakan watak Anis ni x tau naik moto & x pernah bawak moto seumur hidup, tapi bila 1st time disuruh naik motor, selamba je dia belajar sendiri & tau gear apa yg [...]

    7. Novel ini tak asing bagi pelajar menengah dari pantai timur sebagai bacaan ringan subjek Komponen Sastera. Aku sebenarnya hampir tak mampu ingat kembali akan keseluruhan naratif novel ini melainkan latar tempatnya di kawasan FELDA dan tak terkecuali bahawa aku juga pernah seolah jatuh hati kepada adik perempuan karakter utama berlandaskan paras rupanya yang digambarkan persis gadis Cina yang manja.Tak silap, sudah diadaptasikan kepada drama juga.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *