- Books

Sigaraning

Sigaraning Kami hanya dua jiwa yang terpapas ketika menunggu kereta api di sebuah halte kehidupan Aku lelaki yang akan menaiki kereta api siang dan dia pula perempuan yang telah membeli tiket kereta api malam

  • Title: Sigaraning
  • Author: Imaen
  • ISBN: 9789675118135
  • Page: 355
  • Format: None
  • Kami hanya dua jiwa yang terpapas ketika menunggu kereta api, di sebuah halte kehidupan Aku lelaki yang akan menaiki kereta api siang, dan dia pula perempuan yang telah membeli tiket kereta api malam Perjalanan satu hala kami sendiri tidak tahu ke mana destinasinya Perkongsian yang kami panggil cinta itu, sebenarnya hanyalah saling berpandangan melalui tingkap cermi Kami hanya dua jiwa yang terpapas ketika menunggu kereta api, di sebuah halte kehidupan Aku lelaki yang akan menaiki kereta api siang, dan dia pula perempuan yang telah membeli tiket kereta api malam Perjalanan satu hala kami sendiri tidak tahu ke mana destinasinya Perkongsian yang kami panggil cinta itu, sebenarnya hanyalah saling berpandangan melalui tingkap cermin saling melambai tangan dan bertukar senyum Kemudian ketika peluit berbunyi, baru aku sedar realitinya kereta apiku mula bergerak, kami semakin berjarak Hanya bayangannya yang melekat di cermin jendela Kami semakin menjauh Hanya senyum manisnya masih terlekat di jendela hati aku bukannya muncikari yang menjual jiwa kepada iblis untuk hidup mewah Apa yang nak dibuat, sekiranya terjumpa duit RM2 juta dan tas harta berharga Terhormatkah untuk dipinjam sebentar, dengan niat akan memulangkannya kemudian nanti Kasihan Ali Imran, tauke Pasar Mini MusliMart yang diburu gengster kiri dan kanan gara gara pinjaman tidak sengajanya itu Pada waktu terdesak, tiada yang dapat menolong selain daripada Dia IMAEN menulis untuk mereka yang sedia berkongsi falsafah rasa IMAEN menulis untuk anda, yang menanti karya thriller dalam bahasa nan indah.

    • [PDF] Download ↠ Sigaraning | by å Imaen
      355 Imaen
    • thumbnail Title: [PDF] Download ↠ Sigaraning | by å Imaen
      Posted by:Imaen
      Published :2018-09-23T15:39:46+00:00

    1 thought on “Sigaraning

    1. Aku setuju dengan blurb buku bahawa ini karya thriller dalam bahasa nan indah. Memang berbaloi baca buku bilamana dari awal bacaan kita susah nak letak. Lepas tu, kita dapat pula hayati watak dengan baik seolah-olah kita adalah watak itu. Kemudian, dapat pula pelbagai ilmu. Banyak isu yang penulis kongsikan dengan kita. Penulis bercerita tentang ekonomi, agama, falsafah kehidupan , isu jenayah berat yang terjadi di negara kita, realiti rasuah, nilai persahabatan dan banyak lagi. Makanya, aku gem [...]

    2. Kisah Ali Imran yang membuka pasar mini terjumpa duit & dadah secara tak sengaja yang bernilai RM2 jutaAli telah mengambil RM2 juta tu atas desakan hidup namun perasaan bersalah masih menyelubungi perasaannyaSelain elemen thriller & suspen yang wujud dalam novel ini, kisah cinta antara Ali dengan Salina & Vivian di selitkan untuk menjadikan ia genre Romantik ThrillerThriller tak banyak, mungkin dalam 30% shj, cuma garapan penulis mengenai perihal ekonomi, persahabatan & agama dio [...]

    3. Sigaraning bercerita tentang Ali Imran, pengusaha pasar mini MusliMart yang putus cinta dengan Salina yang diumpamakan bak sigaraning nyawanya. Dalam masa yang sama dia dibebankan dengan masalah kewangan yang menyerabutkan lagi kepalanya. Demi merawat hati yang parah dek penangan kecewa cinta, Ali memandu sendirian dari Kuala Lumpur hingga ke Tanjung Malim, di malam yang kelam – sekelam hatinya – dengan harapan dapat mengubat hati yang berantakan. Melayan jiwa yang lara.Tanpa diduga, Ali dih [...]

    4. Corak penulisan yang menarik. Santai tetapi berisi banyak ilmu. Ternyata penulis mengkaji pelbagai aspek berkaitan apa yang ingin ditulis semasa menulis novel ini.Kisah Ali Imran, Nurul (lelaki), Vivian, Salina, Pak Tam, geng jahat kumpulan dadah, orang masjid, kisah pasaraya, kedai makan yang dikaitkan banyak dengan isu ekonomi Islam, erti kepercayaan kepada Tuhan, disulam dengan cukup menarik.Penghujungnya berjaya mewujudkan unsur debar dan mengundang tarikan kuat untuk menamatkan kisah & [...]

    5. Karya Imaen yang ni membawa kita menelusuri ekonomi orang Melayu kita dan membawa kita kembali kepada Tuhan. Pada permulaan ceritamungkin sedikit bosan, tapi lama kelamaan cerita menjadi semain menarik. Ali Imran yang membuka sebuah pasaraya Muslimart terlibat dalam satu kes dengan kumpulan gengster di mana dia telah terambil dua beg yang mengandungi dadah dan duit bernilai 2 juta. Untuk mengetahui kesudahannya, silalah baca buku ini. Jujur saya katakan anda tidak akan rugi membacanya kerana pad [...]

    6. baru baca smpai ms84wakla ali ni.kdg2 mcm bangang pun ada tiba2 terdiam bila shasha tempelek si vivian "tapi aku rasa hidup kau skrg lg bosan,duduk rumah sorang2,pergi keje balik keja,senaman,jgg,buah hati xda,malam2 hujung mggu baca buku,tgk wayang,dengar lagu.u bukan rutin?"mcm tgh kata kat aku jer. ok sambung baca.nti sambung comment

    7. Bermain dengan dua genre: Ekonomi, dan Triller-ala-ala Ramlee Awang Murshid.Tapi lebih mengasyikkan sebab banyak sangat input ekonomi yang disampaikan dalam bentuk lebih santai dan mudah faham. Juga tak lupa isu ketuhanan yang disajikan dalam cerita ini. Cinta? heh, perisa tambahan je, pada hemat saya. Dan terima kasih Imaen kerana membawa saya kembali pada dunia ekonomi.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *